Followers

Thursday, April 28, 2011

Hukum Berkhatan Lelaki Dan Perempuan


Kebanyakan kita hanya tahu atau rasa bertanggungjawab untuk mengkhatan anak-anak lelaki sahaja. Dizaman moden sekarang tidak ramai yang tahu atau sedar tentang keperluan berkhatan untuk anak-anak perempuan, banyak anak-anak perempuan sekarang yang membesar menjadi anak dara atau isteri-isteri yang tidak dikhatan. Apakah ini salah satu dari banyak punca-punca yang menjadikan anak-anak gadis sekarang sukar dikawal???
Suatu kajian oleh pakar perlu dilakukan apakah ini ada kaitan dengan masalah sosial yang melambak sekarang, seperti perzinaan, anak diluar nikah atau isteri yang main kayu tiga. Kalau dahulu, dikampong-kampong tugas mengkhatan anak-anak perempuan adalah dilakukan oleh bidan-bidan kampong yang sentiasa siap dan mengingatkan ibu-ibu yang melahirkan anak perempuan untuk di khatan kan kemudian. Sekarang para-para doktor ataupun pakar-pakar Obstetrik diHospital-hospital bersalin kerajaan maupun swasta ataupun bidan-bidan kerajaan tidak diberi maklum atau tidak pernah dilatih untuk mengkhatankan anak-anak perempuan, jadi perkara ini terbiar dan tertinggal begitu sahaja. Sehinggakan banyak ibu-bapa sekarang tidak sedar atau maklum tentang keperluan mengkhatan anak perempuan mereka malah untuk mencari khidmat bidan atau doktor yang menkhatankan anak perempuan juga adalah susah sekarang.
Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Hukum Khatan
Dalam fikih Islam, hukum khatan berbeza antara untuk lelaki dan perempuan. Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum khatan baik untuk lelaki maupun perempuan.


No comments:

Post a Comment